Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Dapat Surat Amaran Akhir Daripada SKMM

TM Dapat Surat Amaran Akhir Daripada SKMM

Diterbitkan September 25, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sebelum ini pengendali rangkaian dalam negara, TM telah dilaporkan menurunkan kelajuan muat naik bagi pakej unifi 500Mbps, iaitu dari 200Mbps kepada 100Mbps.

Namun begitu, pihak TM menyatakan kadar kelajuan awal tersebut adalah kesilapan dan kadar itu telah diperbetulkan pada kesemua medium pemasaran dan promosi mereka.

Susulan daripada isu tersebut, pihak SKMM telah mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat aduan pengurangan pakej unifi terbabit yang berbeza dari tawaran awal.

Terbaru, SKMM menerusi akaun media sosial mereka menyatakan surat amaran terakhir telah diberikan kepada pihak TM berhubung kekeliruan iklan pakej unifi.

Kenyataan Media:

TM DIBERI SURAT AMARAN AKHIR BERHUBUNG KEKELIRUAN IKLAN PAKEJ UNIFI#MCMC#SKMM pic.twitter.com/ZHuHdhc1ok

— MCMC (Official) (@SKMM_MCMC) September 25, 2020


Kegagalan untuk mematuhi Surat Amaran Akhir ini boleh menyebabkan tindakan diambil dibawah Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua (2) tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY