Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-11-30T121654.984

Redmi K70 Pro Hadir Dengan Edisi Lamborghini Sempena 10 Tahun

Diterbitkan November 30, 2023 oleh Muhd Idham

Sehubungan dengan pelancaran siri Redmi K70 yang melibatkan model K70e, K70 dan K70 Pro pada akhir tahun 2023 ini, syarikat Redmi telah membuat satu kelainan dari segi rupa dan reka bentuk bagi Redmi K70 Pro.

Bagi meraikan 10 tahun Redmi di dalam industri telefon pintar, mereka bekerjasama dengan bahagian perlumbaan Lamborghini untuk mencipta Redmi K70 Pro edisi Automobil Lamborghini Squadra Corse.

Screenshot 2023-11-30 115513

Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat reka bentuknya yang lain daripada K70 Pro yang biasa. Terutama sekali di bahagian belakang telefon, bentuk bingkai kamera bertukar menjadi bentuk pentagon daripada bentuk segi empat tepat.

Redmi K70 Pro Hadir Dengan Edisi Lamborghini Sempena 10 Tahun
Bingkai kamera Redmi K70 Pro

Dari segi perisian pula, kerjasama ini menggunakan antara muka HyperOS yang bertemakan Lamborghini Squadra Corse model Essenza SCV12.

Redmi K70 Pro Hadir Dengan Edisi Lamborghini Sempena 10 Tahun
Lamborghini Squadra Corse Essenza SCV12

Variasi warna yang ditawarkan adalah warna hijau dan kuning beserta logo Lamborghini di belakangnya.

Sama seperti Redmi K70 Pro yang biasa, ianya dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3, RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0 dengan pengecasan pantas 120W untuk kapasiti bateri 5,000mAh.

Penambahan yang terakhir adalah peranti akan hadir dengan konfigurasi 24GB RAM bersama 1TB storan walaupun harganya masih belum diwar-warkan oleh pihak Redmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Redmi K70, sila baca di sini.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • Siri Redmi K70 Kini Rasmi - Spesifikasi Andalan, Harga Mampu Milik
  • Permainan GTA Akan Dilancar Dalam Aplikasi Netflix

Sumber: GSMarena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY