Guna Cara Ini Untuk Hasilkan 'Digital Stamping'

Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih menular, banyak urusan telah beralih secara dalam talian. Dengan itu, lebih banyak urusan surat menyurat juga perlu dilakukan melalui e-mel dan sebagainya.

Dalam situasi menandatangani sesuatu surat menyurat atau melakukan cap digital, ia dilihat agak sukar apabila memerlukan cetakan dan imbasan (print & scan) semula.

Kini, anda boleh melakukannya secara digital sahaja dengan mengikuti beberapa langkah yang dikongsikan oleh Intanhajilah Ariff.

Cara hasilkan cap digital


Untuk menghasilkan cap digital, ikuti beberapa langkah di bawah ini.

1. Pertamanya, buka Microsoft Word dan taip nama, status dan lain-lain maklumat yang perlu ada pada cap digital. Anda juga boleh memilih jenis tulisan, warna dan sebagainya.

cara digital stamp

2. Setelah itu, "save as" > "save as type" dalam format PDF. Sebagai contoh, anda boleh menyimpannya sebagai COP NAMA.pdf.

3. Kemudian, buka Adobe Acrobat Reader, cari menu "Comment" dan pilih fail atau dokumen yang memerlukan cap digital.



4. Di bahagian toolbar, pilih ikon stampKemudian tekan pada Custom Stamps > Create.



5. Di bahagian "Browse", pilih fail PDF yang telah disimpan tadi. Sebagai contoh, "cop nama.pdf" > Open > OK.



6. Untuk "Category", pilih kategori atau anda boleh menghasilkan kategori baru untuk meletakkan cap digital tersebut. Seterusnya, letak nama yang bersesuaian di bahagian "Name". Sebagai contoh, "COP NAMA" dan tekan "OK". Selesai bahagian ini.



7. Untuk mula menggunakan cap digital tersebut, tekan pada ikon stamp, pilih Sign Here > COP NAMA (atau nama cap digital yang telah dinamakan di langkah 6) ATAU gambar cap digital tersebut.

cara digital stamp

8. Bagi penggunaan kali pertama, anda mungkin perlu mengisi maklumat seperti di bawah. Setelah lengkap tetapan identiti, tekan "COMPLETE".

cara digital stamp

9. Akhir sekali, anda boleh mengulang langkah 7 dan meletakkan cap digital pada tempat yang bersesuaian.



Sebagai tambahan, anda juga boleh menambah tandatangan digital dengan mengikuti tips ini.

Itu sahaja tips pada kali ini, semoga bermanfaat.

Sumber: Intanhajilah Ariff

*Artikel ini diolah dan diterbitkan semula dengan kebenaran sumber asal.