Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

Diterbitkan Ogos 24, 2018 ยท Dikemas kini Ogos 24, 2018 oleh Tips Gajet

Kepada anda yang tidak mempunyai perisian Microsoft Ofiice terpasang pada PC atau “Laptop”, berikut kami kongsikan cara untuk menggunakan segala kemudahan Microsoft Office seperti Word, Excel dan lain – lain tanpa perlu memasang aplikasinya.

Seperti yang kita tahu, aplikasi yang asli sememangnya sangat mahal apatah lagi perisian Office 365 yang perlu dilanggan setiap tahun.

Caranya sangat mudah, masuk sahaja ke laman sesawang Google Drive, dan log in menggunakan akaun Gmail anda.

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

 

Klik pada tombol My Drive dan akan muncul senarai perisian Office yang biasa kita gunakan sebelum ini.

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

 

Sebagai contoh, kami pilih aplikasi Words. Dengan fungsi dan antaramuka yang hampir sama dengan aplikasi yang biasa terpasang pada PC, ini menjadikannya sangat mesra pengguna.

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

 

Setiap dokumen yang anda taip boleh disimpan atau di cetak pada mesin pencetak. Hanya satu sahaja masalah yang menjadikannya sedikit leceh, iaitu PC anda perlu disambungkan ke internet terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermafaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY