Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA San Andreas

GTA San Andreas Sertai Meta, Hadir Dalam Bentuk VR Untuk Oculus Quest 2

Diterbitkan Oktober 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Selain mengumumkan nama syarikat Meta, Mark Zuckerberg turut menyatakan rancangannya untuk masa hadapan projek realiti maya (VR). Salah satunya adalah dengan membawa masuk permainan ikonik Rockstar Grand Theft Auto: San Andreas.

Katanya, mereka sedang membangunkan permainan tersebut buat Oculus Quest 2. Tambah Zuckerberg, versi GTA baharu itu merupakan salah satu permainan yang terbaik pernah mereka hasilkan.

Ia bakal menawarkan pemain sebuah pengalaman bermain lain daripada yang lain. Ini kerana pemain dapat menikmati permainan dunia terbuka (open world). Secara tidak langsung memberikan satu dimensi baharu.

Pun begitu, Mark Zuckerberg tidak berkongsi maklumat lain tentang projeknya itu. Adakah ia hanya sebuah penambahan dengan sokongan VR atau betul-betul lain.

Hal ini kerana permainan yang menyokong VR bukanlah sesuatu yang asing, Valve juga menawarkan game Half-Life sebagai permainan eksklusif untuk VR.

Sumber: Kotaku

Baca juga:

  • Syarikat Facebook Secara Rasmi Bertukar Nama Kepada ‘Meta’

  • Jam Tangan “Facebook” Meta Diperlihatkan, Mungkin Jadi Pesaing Apple

  • Ciri Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari iOS Ke Android Diperluas, Janji Guna Android 12

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY