Oleh itu, Grab Malaysia kini sudah mula menggunakan sistem pengesanan wajah bagi penumpang untuk mengesahkan identiti mereka.
Antara alasan utama penggunaan teknologi ini ialah bagi menjaga keselamatan pemandu, terutamanya pemandu wanita. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Grab #SaferEveryday.
Melalui sistem pengesanan wajah ini, pengguna kali pertama perlu membuat tangkapan swafoto melalui aplikasi Grab sebelum membuat tempahan.
Bagaimanapun, Grab Malaysia memberi jaminan bahawa imej swafoto itu hanya akan digunakan sekali untuk pengesahan tempahan dan tidak akan dikongsikan bersama pihak lain, termasuk pemandu.
Grab Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam perkara ini. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook turut memberi pandangan beliau mengenai perkembangan ini.
Menurutnya, dengan sokongan dan komitmen daripada Grab, teknologi akan dapat membantu menjadikan pengangkutan di Malaysia ini lebih selamat.
Sejak mula digunapakai pada awal tahun ini, sistem pengesanan wajah ini berjaya mengurangkan kadar jenayah berkaitan penumpang Grab sebanyak 30%.
Sumber: The Edge Market
Berkaitan
- Vivo Malaysia Bekerjasama Dengan Dahmakan, Beri Diskaun 25% Untuk Pesanan Pertama
- Samsung Galaxy A70 Mula Ditawarkan Di Malaysia, Dikuasakan Oleh Snapdragon 675 & Tri-Kamera Utama
- Honor Beri Gambaran Peranti Baru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- HONOR 8C Diperkenalkan Di Pasaran Malaysia, Hadir Dengan Snapdragon 632
- Vivo V15 Pro Versi 8GB RAM Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada 20 April Ini
- Oppo R17 Pro Warna Hijau Zamrud Akan Ditawarkan Di Pasaran Malaysia
- Bujang Lapok Wakil Malaysia Ke Kejohanan Akhir 'Modern Combat Versus honor International Series eSports'
- Pembeli Malaysia Sanggup Tempuh Perjalanan Jauh Untuk Dapatkan Tawaran Promosi
- Nokia Malaysia Beri Diskaun Kepada 7 Model Mereka, Harga Bermula Dari RM219
- Redmi Note 7 Boleh Mula Didapati Di Malaysia Pada 19 Mac Ini