Grab Hadir Dengan Sistem Pemetaan Sendiri, Sedia Digunakan Secara Komersial

Grab hari ini melancarkan sebuah lagi perkhidmatan iaitu GrabMaps.

Ia merupakan sistem pemetaan dibina mereka sendiri dan akan tersedia secara komersial untuk kegunaan syarikat lain.

Semua perkhidmatan Grab akan menggunakan sepenuhnya sistem peta mereka sendiri dan dijangka dilaksana seawal September 2022.

Hari ini, ia sudah digunakan di 7 daripada 8 negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Pasaran pemetaan di Asia Tenggara diunjurkan bernilai sekitar $1 bilion setahun pada 2025, jadi tidak hairanlah Grab telah memulakan langkahnya.

Dengan model B2B (business-to-business), antara perkhidmatan disediakan GrabMaps peringkat awal ini ialah:

  • Benarkan syarikat melesenkan Data Peta Asas Grab dengan memberi akses pada tempat, jalan raya, lalu lintas dan lain-lain.

  • Sebagai alat untuk pembikinan peta dan perkhidmatan perisian (software-as-a-service).


Sasaran GrabMaps ialah syarikat telekomunikasi, logistik, e-dagang, kerajaan dan seumpamanya.



Buat masa ini, Grab tidak merancang untuk membangunkan aplikasi peta bagi pengguna awam seperti Google Maps.

Pengasas Grab, Tan Hooi Ling berkata mereka berbangga akan dikuasakan sistem sendiri pengkomersilan teknologi ini adalah langkah ke hadapan.

GrabMaps dijayakan data daripada pesanan GrabCar saban hari yang juga mengambil maklum balas serta pengalaman pemandu dan penumpang mereka.

Dengan itu, ketepatannya seperti jalan-jalan kecil dan belakang dapat dikesan lebih baik berbanding sistem peta pihak lain, terang Grab.

Baca juga: