Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teleskop james webb 4

Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid

Diterbitkan Jun 9, 2022 · Dikemas kini Jun 10, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Teleskop Angkasa James Webb dilancarkan ke luar Bumi pada 25 Disember tahun lalu. Ia merupakan teleskop terbesar dan paling berkuasa pernah dicipta setakat ini dengan masa diambil untuk membangunkannya ialah 30 tahun dan menelam belanja sebanyak RM43 bilion.

NASA semalam mengeluarkan kenyataan bahawa Teleskop Angkasa James Webb telah berlanggar dengan meteroid kecil (micrometeroid), dipercayai berlaku antara 23-25 Mei lalu.

Pelanggaran itu berlaku pada segmen cermin utama bersalut emas teleskop tersebut namun ia masih dapat bertahan. Ia mempunyai 18 segmen cermin keseluruhannya.

Mereka berkata teleskop itu masih berfungsi pada tahap tertinggi melebihi keperluan misi walaupun mendapat sedikit kesan daripada meteroid itu. Siasatan lanjut dan analisis terperinci masih terus dijalankan.

teleskop james webb

Ini adalah perlanggaran kelima dengan meteroid kecil dan terbesar sejak Januari.

Teleskop Angkasa James Webb dijangka akan menghantar gambar angkasa berwarna ke Bumi Julai depan.

“Kami tahu (teleskop) Webb akan menempuhi cuaca di persekitaran angkasa, termasuklah cahaya ultraviolet yang melampau, partikel tercas daripada Matahari, cahaya kosmik daripada sumber eksotik dalam galaksi dan perlanggaran berkala dengan meteroid kecil dalam sistem suria kita,” kata Paul Geithner daripada NASA.

Walaupun memang dibina untuk bertahan dengan pelanggaran dengan objek daripada angkasa, namun meteroid kali ini lebih besar daripada yang mereka jangka dan bersedia.

Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid

Teleskop ini dijangka akan beroperasi selama 10 tahun sebelum ia kehabisan minyak. Buat masa ini, tiada lagi cara untuk mengisi semula minyak kerana jaraknya yang jauh daripada bumi.

Namun apa yang pasti, TJW ini boleh membantu manusia untuk memahami lebih baik Teori Big Bang dan kelahiran alam semesta dengan sumber yang mencukupi serta dapat merungkai lebih banyak keraguan manusia mengenai alam semesta.

Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid

Pada masa akan datang juga, teleskop ini juga akan berkolaborasi dengan Event Horizon Telescope (teleskop pertama yang menangkap gambar lohong hitam).

Baca juga:

  • Ini Adalah Teleskop Paling Berkuasa Abad Ini, Dihantar Sejauh 1.5 Juta Kilometer Dari Bumi
  • Mari Kenali Satelit – Teleskop Angkasa Hubble
  • Storan Telefon Anda Penuh Mungkin Sebab Telegram, Ini Cara Selesaikannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY