Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Uji Butang Kawalan Pada Bar URL- Bolehkan Pengguna Kawal Media Yang Dimainkan Pada Tab Berlainan

Google Uji Butang Kawalan Pada Bar URL- Bolehkan Pengguna Kawal Media Yang Dimainkan Pada Tab Berlainan

Diterbitkan Julai 8, 2019 · Dikemas kini Julai 8, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ketika melayari web melalui Google Chrome, pengguna mungkin juga memainkan media seperti muzik di YouTube sementara melakukan perkara lain pada tab yang berlainan.

Bagi memudahkan pengguna mengawal muzik atau video yang dimainkan itu, Google kini dilaporkan sedang menguji ciri dipanggil sebagai Global Media Controls, yang mana butang kawalan akan dipaparkan pada bar URL. Ia ujian tersebut dilakukan pada pelayar pembangunan Google, Canary.

Google Uji Butang Kawalan Pada Bar URL- Bolehkan Pengguna Kawal Media Yang Dimainkan Pada Tab Berlainan

Melalui ciri ini, ia membolehkan pengguna menukar muzik atau video selanjutnya tanpa perlu beralih kepada tab yang sedang memainkannya. Menurut laporan The Verge yang sudah mencuba ciri ini, ia berfungsi untuk video dari YouTube serta Vimeo.

Sekiranya anda mahu mencuba fungsi ini terlebih dahulu, boleh muat turun Chrome Canary, pergi ke halaman eksperimen (chrome://flags/), dan cari “Global Media Controls”. Aktifkannya dan tutup pelayar sera lancarkannya semula. Selepas video atau muzik dimainkan, ikon Play akan kelihatan pada kanan bar URL. Tekan untuk paparan penuh butang kawalan.

Ketika ini, ciri tersebut dikatakan masih belum stabil dan tidak berfungsi dengan baik apabila butang ditekan. Oleh kerana ia masih lagi dalam fasa ujian, kita boleh menjangkakan bahawa fungsi lebih lancar akan diberikan sebelum ia ditawarkan kepada umum kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY