Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google MWC 2021

Google Tidak Akan Sertai Acara MWC 2021 Di Barcelona

Diterbitkan April 1, 2021 · Dikemas kini April 1, 2021 oleh Amalina Athman

Pada tahun lalu, kita telah menyaksikan acara persidangan telefon pintar terbesar iaitu Mobile World Congress (MWC) 2020 dibatalkan. Keputusan membatalkan persidangan MWC 2020 adalah berikutan kebimbangan penganjur terhadap penularan wabak COVID-19.

Bagi tahun ini, MWC 2021 akan diteruskan seperti biasa. Bagaimanapun, kita sudah sedia maklum Nokia, Ericson, Sony dan Oracle telah menarik diri untuk acara ini.

Terbaru, Google kini mengumumkan tidak akan menyertai acara tersebut pada tahun ini. Ia berikutan setelah mengambil kira sekatan dan protokol perjalanan sepanjang COVID-19.

Menurut Google, pihaknya akan menyertai MWC di Barcelona pada tahun 2022 nanti.

Terdahulu, GSMA iaitu organisasi yang bertanggungjawab mengadakan acara ini menegaskan bahawa MWC 2021 akan diteruskan pada Jun 2021, dengan mengambil langkah berjaga-jaga, pemakaian pelitup muka serta memerlukan peserta untuk membuat ujian COVID-19 dengan keputusan negatif dalam tempoh 72 jam ketibaan.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY