Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Tarik Semula Peranti Keselamatan ‘Titan Security Key’ Atas Sebab Ia Boleh Digodam

Google Tarik Semula Peranti Keselamatan ‘Titan Security Key’ Atas Sebab Ia Boleh Digodam

Diterbitkan Mei 16, 2019 · Dikemas kini Mei 16, 2019 oleh ariff bukhari

Pepijat pada peranti tersebut membolehkan penggodam menyerang dan mengakses data penggunanya dalam jarak 30 kaki.

Google hari ini telah mengisukan penarikan semula peranti keselamatan ‘Titan Security Key‘ daripada para penggunanya berikutan isu kelemahan ciri keselamatan yang ada pada peranti tersebut.

Menurut Google, peranti yang menggunakan teknologi sambungan Bluetooth Low Energy (BLE) ini didapati protokol sambungannya telah dikonfigurasi secara salah yang menyebabkan peranti tersebut boleh digodam secara fizikal dalam jarak 30 kaki dari penggunanya.

Peranti ‘Titan Security Key‘ yang terjejas boleh dikenal pasti dengan tanda T1 atau T2 pada bahagian belakang peranti tersebut.

Google Tarik Semula Peranti Keselamatan ‘Titan Security Key’ Atas Sebab Ia Boleh Digodam
Kredit imej: Google Security Blog

Jadi, sekiranya anda memiliki peranti yang terjejas dengan isu ini, anda boleh menukar gantinya dengan peranti yang baru secara percuma dari Google dengan melayari laman google.com/replacemykey.

Sebelum ini, pihak Google telah pun dikritik oleh YubiCo, pesaing pengeluar kunci keselamatan Google kerana melancarkan kunci keselamatan yang menggunakan teknologi Bluetooth.

Google Tarik Semula Peranti Keselamatan ‘Titan Security Key’ Atas Sebab Ia Boleh Digodam
Antara Kunci keselamatan keluaran Yubico. Kredit imej: Amazon

YubiCo menyifatkan, penggunaan teknologi Bluetooth Low Energy (BLE) pada peranti kunci keselamatan Google tersebut tidak memberikan jaminan sepertimana tahap keselamatan NFC dan USB.

Malah mereka mengatakan, peranti ‘Titan Security Key‘ Google yang perlu dikuasakan dari bateri adalah sebagai tidak menarik.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY