Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Semakin Hampir Mencipta AI Yang Ada Kemampuan Seperti Manusia

Posted on Mei 23, 2022Mei 23, 2022

Google DeepMind yang bertanggungjawab dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan mendakwa mereka semakin hampir dalam menyempurnakan teknologi tersebut.

Pasukan DeepMind mengatakan dunia akan melihat konsep kecerdasan buatan am (AGI) tidak lama lagi. AGI bermaksud sesebuah AI itu dapat melakukan apa-apa tugasan yang boleh dilakukan manusia dan apa yang manusia tidak mampu lakukan.

Erti kata lain, AGI merupakan bentuk kecerdasan buatan yang lebih maju dan tinggi daripada AI biasa. Oleh itu, kita berkemungkinan besar mampu melihat pencapaian manusia dalam menghasilkan AGI dalam beberapa tahun lagi.

Hal ini demikian, DeepMind telah mendedahkan Gato, sebuah sistem AI yang mampu menyempurnakan lebih 600 tugasan. Itu merupakan pencapaian yang hebat bagi sesebuah AI yang sedang dibangunkan buat masa ini.

Kredit: DeepMind

Gato mampu menangkap gambar, bermain permainan Atari (permainan arked), menyusun blok-blok permainan menggunakan tangan robot, berbual dan pelbagai lagi.

Pasukan DeepMind daripada Google itu tidaklah mendakwa Gato merupakan satu AGI. Tetapi, melalui apa yang mampu dikecapi dan dilakukan Gato menunjukkan Google hanya menunggu masa sahaja sebelum ia mampu membina sebuah AGI yang sempurna.

Sumber: Futurism. thenextweb

Gambar utama: ProCon 

Baca juga:

  • Tak Perlu Tesla, Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia
  • Rekaan Siri Kad Grafik RTX 40 Mungkin Sama Sahaja Dengan Siri RTX 30
  • Reaksi Awal HONOR Magic4 Pro – HONOR Buat ‘Comeback’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress