Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rekaan Siri Kad Grafik RTX 40 Mungkin Sama Sahaja Dengan Siri RTX 30

Posted on Mei 20, 2022

Ini mungkin merupakan binaan dalaman bagi kad grafik baharu untuk model siri RTX 40. Gambar yang didedahkan mempunyai rekaan sistem penyejukan yang hampir sama dengan kad grafik RTX 3090 Ti.

Seandainya gambar-gambar ini adalah benar, Nvidia nampaknya akan mengekalkan rekaan kipas dwi-axial yang ada pada siri RTX 30 sebelum ini.

Hal ini tidak mengejutkan kerana rekaan kad grafik Nvidia Founders Edition pada siri RTX 30 mempunyai rekaan yang efektif untuk sistem penyejuknya.

Tambahan lagi, Nvidia juga mengekalkan rekaan berbentuk V pada bahagian yang memegang kipas. Tetapi, apa yang membezakan adalah baseplate yang lebih besar.

Selain itu, antara gambar yang terdedah adalah bingkai binaan untuk kad grafik Nvidia GeForce RTX 4090 Ti. Setakat yang kita tahu, RTX 4090 akan menawarkan 16128 teras CUDA, memori sebesar 24 GB GDDR6X pada kelajuan 21 Gbps dan TDP (thermal design power) sebesar 600W.

Berdasarkan ura-ura terbaru, Nvidia dijangka akan melancarkan kad grafik siri RTX 40 pada suku ketiga tahun ini atau lebih tepatnya, bulan Julai ini.

Sumber: videocardz

Baca juga:

  • Kad Grafik Siri Nvidia GeForce RTX 4000 Mungkin Dilancar Lebih Awal
  • Mungkin Ini Spesifikasi Kad Grafik RTX 4090
  • Kad Grafik Terbaru RTX 4000 Mungkin Tak Sokong PCIe Gen 5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress