Google Sekali Lagi Disaman Kesatuan Eropah(EU), Menjadikan Jumlah Saman Keseluruhan RM38 Bilion

Seperti kebanyakan platform lain di Internet, Google tidak terkecuali daripada skandal yang melibatkan polisi keselamatan dan privasi pengguna.

Mereka sebelum ini telah dua kali disaman oleh pihak Kesatuan Eropah(EU) atas kesalahan melibatkan aktiviti memonopoli pasaran.

Saman yang pertama adalah bernilai €4.3 billion(~RM19.93 bilion) atas tuduhan memonopoli pasaran telefon pintar manakala yang kedua pula berjumlah €2.4 billion(~RM11.13 bilion) kerana dituduh memanipulasi carian beli belah atas talian.

Kapsyen: Ibu Pejabat Google/India Today


Terbaru, Google sekali lagi telah disaman oleh EU kerana didakwa memaksa pelanggan AdSense mereka untuk menandatangani kontrak yang menghalang pelanggan menerima iklan daripada enjin carian lain.

Perkara itu menyebabkan EU telah menfailkan saman sejumlah €1.5 billion(~RM6.9 bilion) sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan saman mereka ke atas Google meningkat kepada €8.2 billion(~RM38 bilion). 

Google kini masih dalam proses rayuan bagi dua saman terdahulu dan mereka dijangka melakukan perkara yang sama bagi tuntutan terbaru yang dikenakan terhadap mereka ini.

 

Sumber: The Verge