Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Tambah Lagi 5 Peranti Ke Dalam Senarai Yang Akan Dikemaskini Kepada Android Q

Huawei Tambah Lagi 5 Peranti Ke Dalam Senarai Yang Akan Dikemaskini Kepada Android Q

Diterbitkan Jun 21, 2019 ยท Dikemas kini Jun 21, 2019 oleh Haikel Areff

Laporan-laporan sebelum ini galak memberitakan bahawa Huawei sedang mempersiapkan sistem operasi mereka sendiri. Ia sedikit menimbulkan tanda tanya kepada pengguna, apakah nasib yang bakal dialami peranti sedia ada.

Sebelum ini Huawei telah menyenaraikan 11 model yang bakal dikemaskini kepada Android Q dan terbaru, jumlah peranti telah ditambah lagi menjadikannya kepada 16 buah.Huawei Tambah Lagi 5 Peranti Ke Dalam Senarai Yang Akan Dikemaskini Kepada Android Q

Antara peranti yang bakal menerima sokongan Android Q bertambah kepada 16 buah peranti (yang sebelum ini 11 peranti sahaja) seperti berikut:

  • Huawei PORSCHE DESIGN Mate 20 RS
  • Huawei Mate 20 X
  • Huawei Mate 10 Pro
  • Huawei PORSCHE DESIGN Mate 10
  • Huawei Mate 10

Senarai peranti terdahulu:

  • Huawei P30 Pro
  • Huawei P30
  • Huawei P30 Lite
  • Huawei Mate 20 Pro
  • Huawei Mate 20
  • Huawei Mate 20X 5G
  • Huawei P Smart 2019
  • Huawei P Smart+ 2019
  • Huawei P Smart Z
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei P20

Dalam menjawab status hubungan antara Huawei dan Google, pengasas dan merangkap CEO kepada syarikat ini, Ren Zhengfei, dalam temubual bersama CNBC mengatakan jika peranti-peranti dari Huawei tidak mendapat sokongan Android, maka Google akan kehilangan berbilion pengguna sekaligus mendapat kerugian di dalam perniagaan mereka.

Walaupun tiada tarikh pengeluaran yang rasmi, tetapi sudah semestinya dengan berita ini ia dapat melegakan sedikit rasa ingin tahu peminat serta pemilik peranti Huawei.

Baca lagi – Huawei Telah Meningkatkan Kedudukannya Di Dalam BRANDZ RANKING 2019

Sumber: Giz China, XDA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY