Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Search Kini Boleh Ditambah Pada Home Screen Widget

Google Search Kini Boleh Ditambah Pada Home Screen Widget

Diterbitkan September 20, 2020 oleh Amalina Athman

Dalam kemaskini iOS 14, pengguna boleh menambah Widget pada Home Screen dimana ia membolehkan aplikasi diakses dengan lebih pantas. Kini, Google turut menyokong ciri baru yang membolehkan Google Search Widget ditambah pada Home Screen.

Goole Search Widget iPhone

Ia didatangkan dengan dua saiz iaitu Widget dengan hanya Google Search, manakala satu lagi hadir dengan tambahan pintasan (shortcut) kepada tiga cara untuk membuat carian iaitu Lens, Voice Search dan Incognito.

Cara tetapkan Google Search sebagai Home Screen Widget

Untuk menetapkan Google Search sebagai Home Screen Widget, pastikan anda telah memuat turun aplikasi Google di App Store. Setelah itu, ikut beberapa langkah di bawah.

1. Tekan dan hold pada Home Screen di iPhone atau iPad

2. Tap pada ikon “+” di penjuru kanan untuk membuka galeri widget.

3. Pergi ke “Search Widgets”, cari dan pilih “Google”.

4. Leret (Swipe) ke kiri/kanan untuk memilih saiz widget.

5. Setelah itu, tap pada “Add Widget” dan letakkan pada mana-mana bahagian Home Screen yang bersesuaian. Selesai.

ezgif.com-video-to-gif (3)

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY