Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Sahkan Mod Gelap Mampu Jimatkan Bateri

Google Sahkan Mod Gelap Mampu Jimatkan Bateri

Diterbitkan November 12, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pada acara Android Dev Summit beberapa hari lalu, Google ada menyatakan ciri mod gelap pada telefon pintar mampu menjimatkan kuasa bateri.

Menyokong kenyataan tersebut, Google ada membuat ujian menggunakan Pixel 2016 (AMOLED) dan iPhone 7 (LCD).

Google mendedahkan Pixel yang dipasang dengan skrin AMOLED, mampu dijimatkan penggunaan bateri kepada 63% apabila menggunakan mod malam pada Google Maps.

Google Sahkan Mod Gelap Mampu Jimatkan Bateri

Selain itu, antara tiga warna utama, warna biru menggunakan lebih kuasa bateri, kira-kira 25% lebih kuasa berbanding dua warna lain iaitu merah dan hijau.Google Sahkan Mod Gelap Mampu Jimatkan Bateri

Google Sahkan Mod Gelap Mampu Jimatkan Bateri

Google Sahkan Mod Gelap Mampu Jimatkan Bateri

Berkenaan mod gelap, syarikat teknologi itu mengakui ia lebih baik berbanding warna putih kerana paparan dengan elemen putih menggunakan pelbagai komponen.

Google mengakui membuat kesilapan beberapa tahun lalu kerana membangunkan ciri dan menggalakkan pembangun memilih warna putih sebagai elemen utama dalam aplikasi.

Namun dengan kehadiran Android 9 Pie, Google mula mengetengahkan tema gelap untuk setiap aplikasi Google.

Mod gelap sememangnya digemari ramai pengguna kerana ia lebih “mesra mata”, lebih-lebih lagi pada penggunaan pada keadaan gelap. Dengan pengesahaan dari Google ini, sudah pasti ramai yang mahukan mod gelap pada setiap ciri dan aplikasi mereka.

Sumber: FossyBytes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Temui Platform Penstriman, Pastikan Kandungan Hormati Sensitiviti Penonton Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
©2026 WISER.MY