Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 9 pro XL

Pengguna Pixel Terima Kemas Kini Betulkan Isu Kamera Senget

Diterbitkan November 8, 2024 · Dikemas kini November 8, 2024 oleh ariff bukhari

Google sudah mula melepaskan kemas kini terbaru untuk bulan November 2024 kepada semua pengguna telefon pintar Pixel secara berperingkat.

Google menyatakan, semua peranti Pixel menjalankan Android 15 akan menerima kemas kini perisian ini yang akan dilancarkan sehingga minggu depan secara berperingkat.

Pengguna Pixel akan menerima notifikasi sebaik sahaja kemas kini sistem tersedia untuk peranti mereka.

“Kami menggalakkan anda menyemak versi Android anda dan mengemas kini untuk menerima perisian terkini.” Google.

Berikut adalah barisan telefon pintar Pixel yang menerima kemas kini November 2024 serta versi perisian yang diterima:

  • Pixel 6:                  AP3A.241105.007
  • Pixel 6 Pro:           AP3A.241105.007
  • Pixel 6a:                AP3A.241105.007
  • Pixel 7:                  AP3A.241105.007
  • Pixel 7 Pro:           AP3A.241105.007
  • Pixel 7a:                AP3A.241105.007
  • Pixel Tablet:         AP3A.241105.007
  • Pixel Fold:            AP3A.241105.007
  • Pixel 8:                 AP3A.241105.007
  • Pixel 8 Pro:          AP3A.241105.007
  • Pixel 8a:               AP3A.241105.007
  • Pixel 9:                 AP3A.241105.008
  • Pixel 9 Pro:          AP3A.241105.008
  • Pixel 9 Pro XL:    AP3A.241105.008
  • Pixel 9 Pro Fold: AP3A.241105.008

Antara kandungan utama kemas kini ini adalah membetulkan isu julat Bluetooth dalam keadaan tertentu dan membetulkan isu kecondongan kamera apabila zum antara kamera dalam keadaan tertentu.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang aduan pengguna Pixel tentang isu kamera Pixel 9 Pro XL mereka senget.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • iPhone 15 Telefon Paling Laris Di Dunia Pada Suku Ketiga 2024
  • Caj 1% Untuk Tambah Nilai Setel Guna Kad Kredit Bermula Disember 2024

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia
©2026 WISER.MY