Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 9 pro XL

Sebilangan Pemilik Dakwa Kamera Pixel 9 Pro XL Mereka Senget

Diterbitkan Ogos 27, 2024 · Dikemas kini Ogos 27, 2024 oleh ariff bukhari

Baru sahaja dilancarkan pada pertengahan Ogos yang lalu, kini terdapat laporan daripada sebilangan pemilik telefon pintar terbaru Google Pixel 9 Pro XL dengan mendakwa telefon mereka mengalami masalah kamera yang senget.

Menurut pengguna di Reddit, mereka melihat “kecondongan yang mengganggu” semasa merakam video menggunakan peranti itu.

Pengguna mendakwa bahawa mereka menemui masalah itu apabila cuba menukar daripada zum 2x kepada zum 5x. Pengguna itu turut merakam video kecacatan itu yang boleh anda lihat di bawah.

Sebilangan Pemilik Dakwa Kamera Pixel 9 Pro XL Mereka Senget

Beberapa pemilik model Pixel yang sama turut mendakwa mereka juga mempunyai masalah kecondongan tersebut.

Seorang pengguna Reddit mendakwa bahawa kecondongan boleh dilihat dengan kanta ultra lebar, manakala seorang lagi berkata mereka melihatnya pada kedua-dua lensa telefoto dan ultra lebar.

Sementara itu, seorang berkata masalah itu berlaku kepada mereka juga, tetapi tidak setiap masa.

Siri Pixel 9 sudah pun mula ditawarkan untuk pasaran tempatan menerusi pengedar sah termasuklah Urban Republic, Senheng dan SenQ, CelcomDigi, Maxis serta stor atas talian Shopee dan Lazada yang dijual dengan harga bermula RM3,999.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pixel 9 Dan Pixel 9 Pro XL Dibuka Untuk Prapesan, Ini Senarai Harga
  • Ini Harga Rasmi Pixel Buds Pro 2 Dan Pixel Watch 3 Di Malaysia, Bermula RM1,099
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY