Google Perkenalkan Ciri-Ciri Terbaru Pada Aplikasi Google Photo

Satu lagi pengumuman dari persidangan Google I/O tempoh hari, syarikat teknologi itu turut memperkenalkan ciri baru pada aplikasi gambar mereka, Google Photo.

Pengguna dapat merasai ciri-ciri yang menggunakan mesin pembelajaran dan AI,  salah satunya dengan mengimbas gambar anda dan menganalisis berdasarkan apa yang terdapat didalam gambar tersebut.

 



Jika gambar anda terlalu gelap atau gambar anda terlalu senget, anda akan mendapat cadangan dari aplikasi itu supaya perbaiki gambar itu.

Dengan teknologi AI, ciri-ciri pada sistem penyuntingan semakin canggih, membuang warna latar belakang, mewarnakan semula gambar hitam dan putih dan lain-lain.

"Kami sedang berusaha untuk mengubah gambar warna hitam dan putih kepada gambar berwarna secara automatik dengan hanya satu tap" ujar wakil Google.

Bagi ciri pada gambar hitam putih, ketua produk Google Photo, David Lied, telah memuat naik contoh gambar yang diwarna kan atau dipanggil sebagai "Colorize" dilaman twitter beliau.

https://twitter.com/dflieb/status/1125521827969638400?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1125521830914052096&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.xda-developers.com%2Fgoogle-photo-black-and-white-colorize-beta-soon%2F

Ciri-ciri yang diperlihatkan ini sememangnya menarik tetapi masih belum dapat dipastikan bila ia akan ditawarkan kepada umum.

Sumber: XDA dan idownloadblog