Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Dreambeans, Aplikasi AI Hasilkan Cerita Harian Mengikut Aktiviti Pengguna

Google Perkenal Dreambeans, Aplikasi AI Hasilkan Cerita Harian Mengikut Aktiviti Pengguna

Diterbitkan Jun 4, 2026 · Dikemas kini Jun 4, 2026 oleh Amalina Athman

Google memperkenalkan satu lagi eksperimen baharu di bawah Google Labs yang dinamakan Dreambeans, aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk menghasilkan cerita harian yang diperibadikan kepada pengguna.

Menurut Google, Dreambeans menggunakan teknologi AI seperti Personal Intelligence dan Nano Banana 2 untuk menyusun kandungan yang relevan dengan kehidupan seharian pengguna.

Dengan kebenaran pengguna, aplikasi ini boleh mengakses maklumat daripada beberapa perkhidmatan Google termasuk Gmail, Calendar, Photos, YouTube dan sejarah carian. Berdasarkan maklumat tersebut, Dreambeans akan menghasilkan koleksi cerita terhad yang berkaitan dengan aktiviti, minat dan perancangan pengguna.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/06/04093537/Example_story.mp4

Tujuannya bukan untuk membuatkan pengguna terus menatal kandungan tanpa henti, sebaliknya direka untuk mencetuskan idea baharu dan membolehkan tumpuan diberikan kepada perkara yang lebih penting.

Google Perkenal Dreambeans, Aplikasi AI Hasilkan Cerita Harian Mengikut Aktiviti Pengguna

Setiap cerita turut disertakan ilustrasi yang dijana AI dan direka berdasarkan individu serta lokasi yang sering muncul dalam aktiviti pengguna. Jika sesuatu cerita menarik perhatian, pengguna boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut. Dreambeans juga menggunakan maklumat daripada web untuk mencadangkan tindakan susulan yang berkaitan.

Untuk berfungsi, Dreambeans memerlukan sekurang-kurangnya satu aplikasi Google untuk disambungkan, namun pengguna mempunyai kawalan penuh untuk memilih aplikasi mana yang ingin dihubungkan serta tahap aksesnya.

Ketersediaan

Buat masa ini, Dreambeans hanya ditawarkan kepada pelanggan Google AI Ultra yang layak di Amerika Syarikat untuk Android dan iOS. Namun begitu, Google turut membuka pendaftaran senarai menunggu bagi pengguna global yang berminat untuk mencuba aplikasi tersebut pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Perkenal Android Halo, Paparan Aktiviti Ejen AI Secara Langsung
  • Google Workspace Terima Ciri AI Baharu, Google Pics, Gemini Spark
  • Aplikasi Google AI Studio Akan Tersedia 1 Julai Ini - Pradaftar Kini Dibuka Di Play Store, App Store
  • Ciri Google 'Try On' Kini Di Malaysia - Boleh Cuba Pakaian, Kasut Secara Maya Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY