Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Google Mungkin Akan Lancar Gemini 2.0 Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan November 13, 2024 oleh Rushsyafizal

Dalam persaingan sengit dalam kecerdasan buatan (AI), Google dan OpenAI kelihatan sedang bersiap untuk memperkenalkan model AI terbaru mereka. OpenAI, dengan model o1 yang dikatakan bakal memberi tumpuan kepada peningkatan kemampuan logik dan penyelesaian masalah, semakin mendapat perhatian dunia teknologi.

https://x.com/testingcatalog/status/1854666483239989508?

Menerusi tangkap layar di platform X melalui Android Headlines, terlihat “Gemini Advanced 2.0-Pro-Exp-0111” dalam senarai model di laman web Gemini. Model tersebut digambarkan dalam fasa eksperimen, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa Gemini 2.0 berada dalam fasa pembangunan yang hampir siap.

https://x.com/slow_developer/status/1854815002643120358?

Tambahan lagi, laporan awal mendakwa model Gemini eksperimen ini telah mengatasi versi model o1 mini OpenAI dalam ujian prestasi awal, walaupun maklumat lanjut masih tidak banyak diketahui.

Google mungkin melancarkan Gemini 2.0 seiring atau berhampiran dengan tarikh pelancaran model o1 OpenAI. Ini bukan pertama kali strategi sebegini digunakan, sebelum ini Google dan OpenAI sering kali dilihat bertindak balas terhadap pelancaran produk AI masing-masing. Contohnya, ketika Google melancarkan Gemini 1.5 Pro sebelum OpenAI memperkenalkan GPT-4o.

Namun, masih tiada pengesahan rasmi mengenai tarikh pelancaran daripada pihak Google atau OpenAI. Apa yang pasti, kedua-dua syarikat ini semakin agresif mengembangkan AI, cuba mengatasi batas kecerdasan buatan, dan bersaing untuk menjadi peneraju inovasi AI masa depan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Windows Intelligence Dijangka Bakal Ganti Copilot
  • Microsoft Akan Tamatkan Sokongan 3 Aplikasi Lapuk Mereka, Semua Pengguna Akan Beralih Ke Outlook Versi Percuma
  • Pengguna Android Kelak Boleh Sambung Muat Turun Aplikasi Yang Terbatal
  • TM Global Kembangkan Pusat Data Di Cyberjaya Dan Johor 

Sumber: Wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY