Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Akan Tamatkan Sokongan 3 Aplikasi Lapuk Mereka, Semua Pengguna Akan Beralih Ke Outlook Versi Percuma

Microsoft Akan Tamatkan Sokongan 3 Aplikasi Lapuk Mereka, Semua Pengguna Akan Beralih Ke Outlook Versi Percuma

Diterbitkan November 12, 2024 · Dikemas kini November 12, 2024 oleh ariff bukhari

Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan ke atas 3 aplikasi mereka pada 31 Disember 2024.

3 Aplikasi itu adalah Windows Mail, Calendar, dan People.

Ekoran penamatan itu, Microsoft memaklumkan, semua penggunanya akan beralih ke aplikasi Outlook baharu selepas tarikh tersebut.

“Selepas 31 Disember 2024, pengguna tidak lagi dapat menghantar dan menerima e-mel menggunakan Windows Mail dan Calendar.” Microsoft.

new outlook

Sehubungan itu, Microsoft menyatakan,sebarang e-mel, acara kalendar dan kenalan yang disimpan dalam 3 aplikasi tersebut perlu dieksport ke Outlook baharu dengan mengikut panduan yang disediakan mereka.

Sesetengah pengguna Mail mungkin sudah menyedari bahawa perubahan itu telah pun dilaksanakan di mana apabila mereka klik pada Mail, ia akan membuka aplikasi Outlook baharu.

Ketahui lebih lanjut tentang peralihan ini dengan layari Outlook for Windows: The Future of Mail, Calendar, and People on Windows 11 – Microsoft Support.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • ASUS ExpertBook P1 Dan ExpertBook P5 Kini Di Malaysia
  • Apple Lancar Ciri ‘Share Item Location’ AirTags Bersama 15 Syarikat Penerbangan Untuk iOS 18.2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY