Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Mereplika Semula Petikan Jari ‘Thanos’

Google Mereplika Semula Petikan Jari ‘Thanos’

Diterbitkan April 26, 2019 · Dikemas kini April 27, 2019 oleh ariff bukhari

Cuba buat carian nama ‘Thanos’ di Google…

Sempena meraikan kehangatan filem ‘Avengers: Endgame‘ yang sedang ditayangkan diseluruh dunia ketika ini, Google mereplika semula petikan jari yang dibuat oleh watak antagonis utama filem tersebut iaitu ‘Thanos’ sekiranya anda membuat carian nama Thanos.

Jadi, cara untuk mendapatkan efek yang dipanggil sebagai ‘The Decimation‘ dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) itu, anda perlu buat carian nama Thanos dahulu.

Selepas hasil carian ditunjukkan, anda klik pada ikon ‘Infinity Gauntlet‘ seperti rajah di bawah.

Google Mereplika Semula Petikan Jari ‘Thanos’

Sebaik sahaja anda klik pada ikon tersebut anda akan dapati, hasil carian berkenaan dengan Thanos yang dibuat tadi akan hilang sepertimana efek ‘decimation‘ dalam filem ‘Avengers: Infinity War’ selepas Thanos memetik jarinya dengan menggunakan Infinity Gauntlet.

Google Mereplika Semula Petikan Jari ‘Thanos’
Efek Decimation.

Dan jika anda klik semula pada ikon Infinity Gauntlet tadi, ia akan menunjukkan animasi Time Stone digunakan. Bermaksud hasil carian yang hilang tadi akan dipaparkan semula.

Google Mereplika Semula Petikan Jari ‘Thanos’

Filem Avengers: Endgame baru saja mula ditayangkan minggu ini serentak di seluruh dunia.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY