Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Menguji Aplikasi “Search Lite” Di Negara Yang Mempunyai Sambungan Internet Perlahan

Google Menguji Aplikasi “Search Lite” Di Negara Yang Mempunyai Sambungan Internet Perlahan

Diterbitkan Ogos 17, 2017 oleh Helmi Samsuri

Baru-baru ini melalui iklan di Facebook, Google telah menjemput pengguna di Indonesia mengambil bahagian dalam sesi ujian aplikasi baru mereka.

Aplikasi baru yang dimaksudkan itu adalah Search Lite yang mana ia dibangunkan bertujuan membantu pengguna membuat carian dengan pantas walaupun dengan sambungan internet yang perlahan.

Selain mempercepat carian, aplikasi itu juga dikatakan mampu menjimatkan penggunaan data serta mempunyai sokongan ciri luar talian,

Sesuai dengan namanya, Search Lite hadir dengan antaramuka ringkas yang memudahkan pengguna untuk…

  • bertukar-tukar bahasa,
  • akses pantas ciri – berita, terjemahan, cuaca, lain-lain.

Google juga melengkapkan aplikasi ini mirip seperti aplikasi Google Search dimana ia mampu membuat carian bukan sahaja melalui teks, tetapi turut boleh menggunakan arahan suara.

Search Lite hanya disenaraikan pada Google PlayStore di Indonesia sahaja dan ia kini dalam peringkat ujian.

Tahun lepas Google menguji aplikasi Youtube Go (versi lebih ringan berbanding aplikasi Youtube) di India.

Google Menguji Aplikasi “Search Lite” Di Negara Yang Mempunyai Sambungan Internet Perlahan

Google Menguji Aplikasi “Search Lite” Di Negara Yang Mempunyai Sambungan Internet Perlahan

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY