Ini merupakan julung kalinya jam pintar dilancarkan bersama sistem operasi Android Wear 2.0. Acara CES yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan juga mungkin akan menyenaraikan beberapa jenama jam pintar baru yang bakal menggunakan Android Wear 2.0. Acara Baselworld pada bulan March juga sudah semestinya menjadi perhatian jenama lain untuk dijadikan sebagai platform untuk pelancaran jam pintar mereka.
Jam pintar Google sudah disahkan tidak akan menggunakan nama panggilan 'Pixel', kemungkinan besar mereka akan menggunakan nama 'Google' untuk 2 buha jam pintar terbaru mereka. Nama rasmi peranti terbaru itu masih lagi tidak di dedahkan.
Sementara itu, banyak khabar angin yang bermain di internet ketika ini melaporkan ianya akan dibina dengan sokongan LTE, GPS dan sensor degupan jantung. Selain daripada itu, Google bakal menampilkan penggunaan skrin yang lebih meluas dan akan ditambah butang tambahan untuk penggunaan yang lebih variasi.
Antara model jam pintar yang bakal menerima kemaskini Android Wear 2.0 juga telah diumumkan secara rasminya. Dibawah adalah senarainya;
Moto 360 2nd Gen, Moto 360 Sport, LG Watch Urbane 2nd Edition LTE, LG Watch Urbane, LG G Watch R, Polar M600, Casio Smart Outdoor Watch, Nixon Mission, Tag Heuer Connected, Fossil Q Wander, Fossil Q Marshal, Fossil Q Founder, Michael Kors Access Bradshaw, Michael Kors Access Dylan, Huawei Watch (termasuk edisi perempuan), Asus Zenwatch 2, danĀ Asus Zenwatch 3.
Berkaitan
- Imej Sebenar Huawei P30 Pro Didakwa Telah Tertiris
- Kualiti Zoom Huawei P30 Pro Diuji Pada Perkahwinan Fasha Sandha, Pamer Kualiti Menakjubkan
- Jualan Menurun, Apple Mahu Kurangkan Harga iPhone Di Beberapa Negara
- Oppo A5 Dilancarkan Di China, Hadir Dengan Sokongan AI
- Hasil Kajian Mobdata Di China Menunjukkan Pengguna Huawei Lebih Kaya Daripada iPhone
- Samsung Galaxy S10 Didakwa Boleh Menjadi Dek Pengecasan Tanpa Wayar
- Slate 15: Komputer Riba Dengan Bahan Binaan Premium Dan Kad Grafik NVIDIA RTX 2060
- Perbelanjaan Kepada Permainan Video Sepanjang Separuh Pertama 2018 Catat Rekod Baru
- Pra-Pesanan Xbox One X Dengan Konsol Microsoft Laris Terjual
- Apple Beri Amaran Sebahagian iPhone 8 Mungkin Akan Mengalami Masalah, Tawar Gantian Percuma Kepada Pengguna