Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menukar Ikon Kereta Anda Pada Google Maps

Google Maps Kini Lebih Berinformasi Dengan 3 Ciri Baharu

Diterbitkan Julai 28, 2022 oleh ariff bukhari

Pengarah Produk Google Maps, Amanda Leicht Moore memaklumkan bahawa mereka telah menambah sebanyak 3 lagi ciri baharu yang akan menjadikan Google Maps lebih berinfomasi kepada para penggunanya.

Ciri baru pertama yang diumumkan adalah ciri yang membolehkan pengguna melihat dari sudut pandang atas di hampir 100 buah mercu tanda ikonik yang ada di seluruh dunia seperti di Barcelona, London, New York, San Francisco dan Tokyo.

google maps aeriel

Ciri baru yang kedua adalah penambahan informasi kepada laluan basikal.

Google menyatakan, hanya dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja, aktiviti berbasikal menunjukkan peningkatan hampir 40% di seluruh dunia.

Google berharap dengan menjadikan laluan basikal lebih berinformasi di Google Maps akan dapat membantu pengguna mengetahui lebih lanjut tentang laluan yang akan dilalui mereka.

google maps basikal

Ciri ketiga yang baharu diperkenalkan untuk Google Maps adalah ciri Notifikasi Lokasi.

Ciri baru ini membantu pengguna menetapkan notifikasi bagi memberitahu alamat lokasi pertemuan serta melihat individu yang sudah tiba dan belum.

Malah ciri ini ditetapkan dengan privasi yang akan membenarkan hanya individu dipilih sahaja yang akan dapat melihat notifikasi lokasi tersebut.

google maps share

 

Sumber: blog.google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY