Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google nearby share

Google Lancar Nearby Share Untuk Peranti Android, Hadir Dengan Fungsi Seperti AirDrop

Diterbitkan Ogos 5, 2020 oleh Amalina Athman

Google kini telah melepaskan ciri baharu bagi peranti Android iaitu Nearby Share yang membolehkan perkongsian secara terus di antara mana-mana peranti yang menjalankan Android 6.0 Marshmallow dan ke atas.

Berfungsi seakan Apple AirDrop, ia membolehkan pengguna Android berkongsi fail, pautan dan gambar dengan lebih mudah dan pantas. Nearby Share adalah ciri terbina yang tidak memerlukan pemasangan aplikasi.

Melalui Nearby Share juga, protokol yang sesuai akan dipilih secara automatik sama ada berkongsi melalui Bluetooth, Bluetooth Low Energy, WebRTC atau WiFi serta membenarkan perkongsian walaupun dalam keadaan offline.

Nearby Share Google

Google turut menyatakan Nearby Share dibangunkan dengan privasi sebagai keutamaan. Tetapan privasi boleh diubah melalui Quick Setting pada bila-bila masa. Pengguna boleh menetapkan “hidden“, “some contacts” atau “all contacts“.

Nearby Share turut membenarkan pengguna menghantar dan menerima fail tanpa nama.

Buat masa ini, fungsi Nearby Share telah mula dilepaskan untuk peranti Samsung dan Google Pixel. Ia akan mula tersedia untuk peranti Android yang lain dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY