Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Bakal Integrasi CapCut Untuk Suntingan Imej, Video

Google Gemini Bakal Integrasi CapCut Untuk Suntingan Imej, Video

Diterbitkan Mei 21, 2026 · Dikemas kini Mei 21, 2026 oleh Amalina Athman

CapCut, aplikasi suntingan video popular yang dibangunkan oleh ByteDance, kini mengumumkan kerjasama dengan Google Gemini.

Melalui kerjasama ini, pengguna tidak lama lagi boleh melakukan suntingan imej dan video  secara terus dalam aplikasi Gemini dengan memanfaatkan keupayaan suntingan yang ditawarkan oleh CapCut.

Integrasi ini dijangka memudahkan keseluruhan aliran kerja digital, daripada fasa mencari idea, menulis skrip, sehinggalah ke proses suntingan dan eksport akhir, tanpa perlu lagi bertukar antara aplikasi seperti sebelum ini.

Walaupun begitu, masih belum ada tarikh rasmi bila ciri ini akan dilancarkan. Setakat ini, ia hanya diumumkan sebagai sesuatu yang akan hadir tidak lama lagi.

CapCut is partnering with @GeminiApp .
Soon, users will be able to edit images and videos directly within the Gemini app using CapCut’s advanced creative and editing capabilities.

As creative workflows become more connected and seamless, we believe the future of creation will be… pic.twitter.com/vmbGi9PD4f

— CapCut (@capcutapp) May 21, 2026

Sebelum ini, Google turut mengumumkan integrasi dengan Canva untuk membawa alat kreatif ke dalam aplikasi Gemini. Penambahan CapCut ini dilihat mengukuhkan lagi kedudukan Gemini sebagai hab utama untuk kerja kreatif digital.

Dalam masa yang sama, perkembangan ini turut menimbulkan persoalan mengenai had penggunaan Gemini, terutama apabila melibatkan integrasi alat yang lebih berat seperti penyuntingan video.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • SeeDance 2.0 Kini Dilancarkan Kepada Pengguna Di Seluruh Dunia
  • Google Perkenal Gemini Omni: Keupayaan AI Multimodal Baharu Untuk Cipta Dan Edit Video Guna Teks
  • Imej Janaan Gemini Kini Boleh Disunting Terus Ke Dalam Canva
  • Google Workspace Terima Ciri AI Baharu, Google Pics, Gemini Spark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY