Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Doodle Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-62

Google Doodle Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-62

Diterbitkan Ogos 31, 2019 · Dikemas kini Ogos 31, 2019 oleh ariff bukhari

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62!

Ketika seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun ke-62 kemerdekaan negara hari ini, enjin carian gergasi, Google mempunyai cara tersendiri untuk turut meraikannya iaitu dengan memperkenalkan ‘doodle’ (contengan) Merdeka.

Doodle tersebut menggunakan Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinesis) sebagai subjek utamanya yang juga merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

Turut digunakan pada doodle itu adalah corak jahitan songket bersulamkan warna perak metalik dan warna emas.

Google Doodle Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-62
Rekaan awal doodle tersebut.

Tema Hari Kebangsaan yang dipilih tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia bersih.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini kali kedua berturut-turut diadakan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. Perarakan membabitkan lebih 17,353 peserta itu dimulakan dengan kontinjen perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62!

Google Doodle Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-62
Logo sambutan yang digunakan untuk Hari Kebangsaan 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY