Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dilihat Semakin Serius Untuk Membangunkan Cip Mereka Sendiri

Google Dilihat Semakin Serius Untuk Membangunkan Cip Mereka Sendiri

Diterbitkan Februari 12, 2019 oleh Haikel Areff

Syarikat gergasi internet daripada Amerika Syarikat, Google mempunyai pelbagai lapisan produk dibawah jenama mereka. Antaranya ialah siri telefon pintar Pixel.

Buat masa ini, peranti keluaran mereka banyak bergantung harap kepada cip-cip daripada pembangun lain seperti Qualcomm dan Intel.

Namun, perkara tersebut dijangka akan berubah di masa hadapan. Ini kerana, mereka dilaporkan sedang mengambil beberapa pakar dalam industri pembangunan cip untuk menyertai pasukan cip mereka sendiri.

Google Dilihat Semakin Serius Untuk Membangunkan Cip Mereka Sendiri
Gambar Hiasan(CNET)

Menurut Reuters, Google telah memilih untuk mengambil bekas kakitangan syarikat pembangun cip Intel, Qualcomm, Broadcom dan Nvidia untuk menyertai pasukan “gChips” mereka.

Ketika ini, pasukan tersebut dianggotai oleh 16 orang jurutera namun ia dijangka bertambah ke 80 orang kakitangan menjelang penghujung tahun 2019.

Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada pasukan jurutera ini akan ditugaskan untuk mereka cipta cip bagi peranti pengguna, pusat data Google ataupun keduanya sekali.

 

Kredit Gambar Paparan: David Paul Morris(Bloomberg)

Sumber: Reuters via Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY