Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail translate

Google Dilihat Membangunkan Ciri Privasi Baharu Untuk Gmail

Diterbitkan November 19, 2024 oleh Rushsyafizal

Google dilaporkan sedang membangunkan ciri baharu untuk Gmail yang dikenali sebagai Shielded Email, bertujuan memberikan pengguna pilihan alamat e-mel sementara.

Ciri baharu Gmail untuk Android ini dikesan oleh Android Authority. Pengguna boleh mencipta alamat e-mel sementara untuk diberikan kepada pihak ketiga.

Bermakna, pengguna boleh merahsiakan butiran hubungan mereka dengan ciri Shielded Email ini.

Alamat e-mel sementara ini juga melindungi peti masuk (inbox) utama daripada spam dan potensi kebocoran data.

Ia amat berguna untuk mendaftar akaun di laman web, aplikasi, atau perkhidmatan yang mungkin berkongsi email pengguna dengan pihak pengiklan.

Google Dilihat Membangunkan Ciri Privasi Baharu Untuk Gmail

Menurut laporan, ciri ini mungkin membolehkan pengguna menguruskan beberapa Shielded Email serentak.

Sebagai contoh, pengguna boleh mencipta alamat berbeza untuk tujuan seperti membeli-belah atas talian atau mendaftar di media sosial.

Berdasarkan maklumat sedia ada, ciri ini masih dalam fasa ujian dan berkemungkinan mengalami perubahan atau boleh jadi dibatalkan.

Jika dilancarkan, Shielded Email pasti menjadi tambahan bernilai kepada Gmail, memberikan pengguna kawalan yang lebih baik terhadap privasi mereka.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Pasukan MLBB Malaysia Juara Dunia Di WEC 2024
  • Skrin MacBook Pro M4 Diam-Diam Dinaik Taraf, Ini Sebab Baru Sekarang Apple Gunakannya
  • Sejumlah Lagi Perkhidmatan Di Aplikasi CIMB Clicks Akan Beralih Ke CIMB OCTO
  • NADMA Wujudkan Sistem Hebahan Amaran Awal Banjir Melalui SMS

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY