Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Dilaporkan Sedang Menyiapkan Sistem Berita Diinspirasikan Dari Snapchat

Google Dilaporkan Sedang Menyiapkan Sistem Berita Diinspirasikan Dari Snapchat

Diterbitkan Ogos 8, 2017 oleh Wiser MY

Snapchat bakal ‘dirompak’ sekali lagi. Kali ini dari Google pula kerana Google sedang membina fungsi terbaru yang membolehkan penerbitan berdasarkan stail Snapchat yang dibina di dalam enjin carian Google.

Fungsi terbaru itu yang kelihatan seperti bahagian Discover Snapchat akan menggabungkan kombinasi gambar, video dan teks.

Google bakal memanggil funsi ini sebagai “Stamp” dimana “St” merujuk kepada ‘stories’.

Google dilaporkan sedang membina produk baru ini menggunakan teknologi laman sesawang AMP. Ini akan membuatkan berita boleh dimuat turun dengan lebih cepat dan memaparkan iklan yang dikawal terus oleh Google.

Keputusan Google menggunakan tema seperti Snapchat mungkin kerana aplikasi ini begitu popular di kalangan remaja yang menjadi penyumbang besar kepada perolehan pengiklanan web.

Saingan terbesar Google, Facebook sudah pun melancarkan fungsi Artikel Segera mereka yang berfungsi seakan teknologi AMP Google.

Persaingan ini bakal melihat siapa yang dapat menjadi sumber maklumat utama kepada pengguna internet dan Google bertindak balas dengan fungsi terbaru ‘Stamp’ ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY