Google Datang Dengan Sistem Operasi Google Andromeda





Google dikhabarkan akan mencipta sebuah komputer riba baru yang mungkin akan diberi nama Pixel yang akan menggunakan sistem operasi gabungan Android dan Chrome OS. Kombinasi kedua-dua operasi tersebut digelar Andromeda.







Google juga diberitakan akan tampil dengan komputer riba 'Pixel 3' yang dijadual pelancaranya pada tahun depan. Menurut Android Police, Google akan datang dengan komputer riba bernama Bison atau Pixel 3, manakala 9to5Google pula berkata Google akan mengeluarkan sebuat tablet yang dibina oleh Huawei pada hujung tahun ini. Kedua-duanya akan memiliki sistem operasi Andromeda. Jika ianya benar, makan Pixel 3 tidak akan dipasarkan sebagai Chromebook lagi. Pixel 3 akan menjadi komputer riba pertama yang akan menjadi pesaing utama Windows PC dan MacOS.