Google Bangunkan Fast Share, Ibarat AirDrop Untuk Android

Perkongsian fail antara peranti Android dan Chromebook bakal menjadi lebih mudah dan pantas dimana satu fungsi dipanggil sebagai Fast Share sedang dibangunkan oleh Google.

Dikatakan mirip seperti fungsi yang terdapat pada iOS dan MacOS iaitu AirDrop, ia membenarkan penghantaran fail seperti imej, URL, teks dan lain-lain kepada peranti berdekatan tanpa menggunakan internet.

Fungsi tersedia pada paparan share, ia tampil dengan ikon seperti gambar dibawah. Selain itu, Fast Share juga boleh dilancarkan dengan pergi ke bahagian Settings>Google>Fast Share.

Kapsyen: Imej | 9to5Google


Menurut 9to5Google, penghantaran fail dibuat dengan mudah dimana pengguna hanya perlu memasukkan nama peranti penerima dan tekan "Turn On" untuk mengaktifkannya.Ciri seperti Bluetooth dan Location diperlukan untuk fungsi ini.

Kapsyen: Imej | 9to5Google


Setelah peranti penerima dipilih, paparan akan memberi informasi fail apa yang sedang dihantar disamping nama peranti penerima. Fast Share juga dikatakan tidak hanya terhad untuk penggunaan pada Android dimana ia juga boleh dijadikan platform perkongsian untuk jam tangan pintar dan juga iPhone.

Fast Share diuji pada Pixel 3XL yang menjalankan sistem operasi Android Q dan berkemungkinan ia akan ditawarkan pada sistem operasi yang sebelumnya. Buat masa sekarang, masih belum dapat dipastikan bila Google akan memperkenalkan ciri perkongsian ini.

Sumber: 9to5Google