Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Akan Tambah Pilihan ‘Auto Delete’ Pada Ciri ‘Location History”

Google Akan Tambah Pilihan ‘Auto Delete’ Pada Ciri ‘Location History”

Diterbitkan Mei 2, 2019 ยท Dikemas kini Mei 3, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ciri Location History yang ditawarkan oleh Google memberikan kemudahan kepada pengguna untuk melihat kembali destinasi yang pernah dilawati. Ia sudah disediakan dengan fungsi untuk mematikan sementara ciri tersebut dan satu lagi fungsi akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Google menerusi pengumuman yang dibuat pada blog rasmi mereka telah menyatakan kaedah terbaru untuk menguruskan data sensitif itu. Menurut syarikat teknologi tersebut, pengguna akan diberikan pilihan untuk memadam secara automatik data lokasi yang sudah lama.

Google Akan Tambah Pilihan ‘Auto Delete’ Pada Ciri ‘Location History”

Melaluinya, pengguna mempunyai pilihan untuk memadam secara automatik data Location History selepas 3 bulan, 18 bulan atau padamkannya secara manual.

Sesetengah daripada kita mungkin berasa bimbang dengan data yang tersebut dan mengambil langkah mematikannya, tetapi bagi sebahagian yang lain, ciri itu dilihat mampu memudahkan mereka.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY