Terdapat banyak lambakan aplikasi yang sedia ada sama ada di Google dan sesetengah daripadanya tidak menerima sebarang kemas kini daripada pembangun lebih berbulan-bulan dan ada yang sampai lebih 1 tahun.
Dalam kemas kini Android Google yang akan datang, keselamatan merupakan ciri yang paling diutamakan Google untuk pengguna perkhidmatan mereka. Oleh itu, Google memerlukan setiap aplikasi untuk menyasarkan API dalam masa 2 tahun daripada versi Android utama yang terbaharu.
Application Programming Interface (API)
API bermaksud Application Programming Interface dan ia merupakan merupakan intermediary software yang membolehkan 2 aplikasi untuk berhubung sesama sendiri.
Sebagai contoh, apabila anda menggunakan Facebook, Instagram, menghantar pesanan ringkas atau menyemak ramalan cuaca di peranti anda, anda sedang menggunakan API.
Kod Nama | Versi | Aras API |
---|---|---|
Android12L | 12.1 | API Aras 32 |
Android12 | 12 | API Aras 31 |
Android11 | 11 | API Aras 30 |
Android10 | 10 | API Aras 29 |
Berdasarkan jadual di atas, anda boleh lihat aras API bagi setiap versi Android yang tersedia, API yang teratas adalah pada 32 untuk versi Android 12L atau 12.1. Jadi Google memerlukan pembangun untuk menyasarkan aplikasi mereka pada API 32 yang merupakan versi Android baharu dan API 33 untuk versi Android utama yang akan dilancarkan nanti.
Walau pun begitu, makin tinggi aras API untuk Android, syarat dan sekatan yang dikenakan semakin ketat. Justeru, perkara ini menyebabkan sesetengah pembangun memilih untuk membiar aplikasi mereka kekal pada aras API yang diduduki selama mungkin.
Oleh yang demikian, bermula 1 November 2022, Google akan menyembunyikan aplikasi yang tidak menyasarkan API dalam masa 2 tahun daripada versi Android utama yang terbaharu. Aplikasi tersebut masih ada dalam Google Play Store tetapi ia tidak dapat dicari atau tersedia untuk pemasangan bagi peranti yang menggunakan Android versi terkini.
Pendekatan ini adalah untuk memastikan setiap aplikasi mempunyai ciri keselamatan yang terbaharu dan tiada sebarang risiko yang boleh menjejaskan privasi pengguna Android.
Selain Google, pihak Apple terdahulu telah lama mengena syarat ini bagi sistem operasi iOS mereka untuk setiap aplikasi dalam App Store.
Sumber: Android Developers Blog, Android Open Source Project
Baca juga: