Tahukah anda, kini Google telah menetapkan perubahan baharu pada Play Protect yang mana ia akan mengalihkan kebenaran (permissions) pada aplikasi yang tidak digunakan.
Menurut Statista, sebanyak 25% aplikasi yang dimuat turun hanya digunakan sekali sahaja. Kebanyakan daripada aplikasi ini akan meminta anda untuk memberikan kebenaran sebelum menggunakannya.
Perkara ini dapat memberikan risiko pada privasi dan keselamatan dalam tempoh jangka masa panjang. Dengan fungsi ini, semua kebenaran yang diberikan pada kamera, fail, mikrofon dan sebagainya akan dialihkan daripada aplikasi tersebut selepas 3 bulan tidak digunakan.
Untuk melihat tetapan ini, anda boleh ikuti langkah ini:
1. Buka aplikasi Play Store dan tekan gambar profil anda.
2. Pilih Play Protect.
3. Tekan ikon tetapan pada bahagian atas kanan.
4. Pilih ‘Permissions for unused apps‘.
4. Di sini anda boleh dapati aplikasi yang tidak digunakan dan telah dialihkan kebenaran. Daripada sini juga, anda boleh menetapkan jika anda mahu kekalkan kebenaran pada aplikasi yang anda inginkan.
Terdapat beberapa pengecualian diberikan pada aplikasi yang memerlukan kebenaran untuk memastikan peranti anda terus boleh digunakan. Oleh itu, pembangun aplikasi tersebut boleh mengecualikan aplikasi mereka daripada fungsi Play Protect ini.
Sebelum ini, fungsi ini sudah terdapat pada Android 11 dan 12. Kini Google telah meluaskan fungsi ini pada peranti dengan Android 10 dan kebawah.
Sumber: Android Authority
Baca juga: