Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail Kini Boleh Menghantar Lampiran Fail Bersaiz 50MB

Gmail Kini Boleh Menghantar Lampiran Fail Bersaiz 50MB

Diterbitkan Mac 2, 2017 · Dikemas kini Mac 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Bagi anda yang kerap berurusan menggunakan email, pastinya pernah menghadapi masalah melampirkan fail yang bersaiz besar, betul tak?

Umum mengetahui saiz maksimum fail yang boleh dihantar menggunakan akaun Gmail adalah 25MB. Ya ia agak kecil, dan jika data bersaiz besar anda perlu memampatkan menggunakan perisian seperti WinZip, 7-Zip dan lain-lain lagi.

Google menerusi laman blog G Suite Update telah mengumumkan perubahan saiz data yang boleh dihantar akaun Gmail.

Mereka telah meningkatkan saiz maksimum dari 25MB kepada 50MB. Walaupun bukanlah perubahan yang besar, tetapi sedikit sebanyak ia pasti membantu para pengguna yang menggunakan perkhidmatan emel tersebut.

Bagi anda yang perlu menghantar fail bersaiz besar, anda lebih sesuai menggunakan servis Google Drive dimana ia mampu menyimpan:

  • Dokumen: 1.02 juta aksara. Jika anda mengubah kepada format Google Docs, anda boleh simpan sehingga 50MB
  • Spreadsheets: 2 Juta sel dalam Google Sheets.
  • Presentations: Mampu simpan sehingga 100MB fail dalam aplikasi Google Slides.
  • Fail-fail lain: Mampu simpan sehingga 5TB.

Kemaskini tersebut akan muncul secara berperingkat dan mengambil masa dalam 1 hingga ke 3 hari. Jadi jika anda tidak mampu hantar fail 50 MB hari ini, bolehlah tunggu 1-2 hari lagi.

Sumber: G Suite Updates

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY