Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gmail Chat wide

Gmail Chat Kini Ditawarkan, Ini Cara Menggunakannya

Diterbitkan April 6, 2021 · Dikemas kini April 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Gmail baru-baru ini telah menawarkan Gmail Chat yang mana sebelum ini fungsi tersebut hanya boleh digunakan melalui akaun G Suite sahaja.

Menerusi penawarannya, Gmail kali ini tampil dengan 4 bahagian tab pada sebelah kiri, iaitu Mail, Chat, Rooms dan Meet.

Gmail Chat PC 2

 

Untuk bahagian Chat, ia bertujuan untuk menghantar mesej kepada individu lain atau kumpulan yang kecil berbanding Rooms pula untuk skala yang lebih besar bagi perkongsian fail dan tugasan.

Cara Aktifkan Fungsi Gmail Chat

Jika anda mahu mengaktifkan fungsi ini di telefon Android dan iOS, ikuti langkah ini:

Buka aplikasi Gmail dan pergi ke settings. Klik pada akaun anda. Pada bahagian General, klik “Chat (Early Access)”. Seterusnya, klik “Try it“

Gmail Chat 1
Gmail Chat 2

Setelah selesai, aplikasi Gmail akan dibuka semula dan tutorial akan terpapar

Gmail Chat iOS
Gmail iOS Chat 2
Gmail iOS Chat 3

Sekiranya anda lebih gemar menggunakan Gmail di pelayar web komputer, ikuti cara ini pula:

Buka pautan ini – mail.google.com/mail/u/0/#settings/chat

Kemudian pilih “Google Chat (Early Access)“ dan klik save

Gmail Chat PC

Buat makluman, mungkin anda akan menghadapi beberapa masalah atau pepijat kerana ia masih dalam peringkat percubaan.

Sumber: 9to5google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY