Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2026-02-19 at 11.05.08 AM

Tak Perlu Tulis Lirik, Gemini Kini Boleh Cipta Lagu Daripada Arahan Teks

Diterbitkan Februari 19, 2026 · Dikemas kini Februari 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Google mengumumkan pelancaran beta model generatif muzik terbaharu mereka, Lyria 3, ke dalam aplikasi Gemini. Ciri baharu ini membolehkan pengguna menghasilkan lagu sekitar 30 saat hanya dengan menaip idea atau memuat naik foto dan video sebagai inspirasi.

Berbanding versi terdahulu, Lyria 3 hadir dengan beberapa penambahbaikan utama. Pengguna tidak lagi perlu menulis lirik kerana sistem akan menjananya secara automatik berdasarkan arahan.

Selain itu, kawalan kreatif diperluaskan termasuk pemilihan gaya muzik, jenis vokal dan tempo serta menghasilkan komposisi yang lebih realistik dan kompleks.

Penggunaan ciri ini terbahagi kepada dua kaedah utama. Pertama, “text-to-track”, di mana pengguna menerangkan mood, genre atau memori tertentu untuk dijadikan lagu.

Kedua, penjanaan muzik daripada media visual; Gemini akan menganalisis foto atau video dan menghasilkan lagu yang sepadan dengan suasana kandungan tersebut. Setiap lagu turut disertakan seni kulit album yang dijana AI.

Google turut memasukkan teknologi tera air SynthID pada semua audio bagi membantu pengesahan kandungan AI. Pengguna boleh memuat naik fail audio ke Gemini untuk memeriksa sama ada ia dihasilkan menggunakan teknologi Google.

Menurut Google, Lyria 3 direka untuk ekspresi kreatif asli dan bukan meniru artis sedia ada. Ciri ini kini tersedia untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas di beberapa bahasa terpilih, dengan sokongan peranti mudah alih akan menyusul.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Google Pixel 10a Dilancarkan - Cip Tensor G4, Rekaan Rata Tanpa Bonggol Kamera
  • Google Akan Bina Kabel Dasar Laut Baharu Hubungkan 4 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY