Garmin Siri Descent MK2 Khas Buat Penyelam Kini Rasmi Berharga RM 6,399

Garmin Malaysia hari ini mengumumkan barisan jam terbaharu mereka iaitu Descent Mk2 dan Mk2i dive computers.



Ia merupakan satu rangkaian produk selam yang dilengkapi dengan ciri-ciri untuk di dalam air serta di permukaan. Selain itu, mereka juga melancarkan Descent T1 transmitter yang akan digandingkan dengan Mk2i.



Mk2i dive computer hadir dengan ciri-ciri memantau secara serentak tekanan tangki dari pemancar Descent T1 sehingga 5 unit melalui rangkaian data sonar SubWave.



Ia akan berikan penyelam melihat tekanan tangki, baki oksigen, kadar penggunaan gas dan memantau penyelam lain atau tangki tambahan dalam jarak 10 meter.



Manakala siri Descent Mk2 menyokong pelbagai mod menyelam dan pelbagai gas menyelam (nitrox, trimix dan 100% oksigen), gaugeapnea, pemburuan apnea dan penyusun semula litar tertutup.

Jam tangan ini juga mempunyai kompas tiga paksi dalam air dan memaparkan kedalaman, waktu menyelam, suhu, NDL/TTS, kadar pendakian/penurunan, campuran gas, PO2 dan banyak lagi.

Kesemua data ini akan boleh dilihat pada paparan 1.4 inci dimana 36% lebih besar daripada paparan Descent Mk1.

Tambahan, jam tangan ini juga boleh digunakan di darat dimana ciri GPS, memantau kadar degupan jantung serta ciri jam pintar lain seperti notifikasi mesej, panggilan dan lain-lain.

Garmin Descent Mk2 dan Mk2i sudah tersedia di AECO, Lazada, Shopee dan pengedar yang sah. Ia dijual masing-masing pada harga RM 6,399 dan RM 7,399.