Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garmin pedal

Garmin Lancar Pedal Basikal Dengan Sistem Meter Kuasa Pertama Dunia

Diterbitkan Mac 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Garmin Malaysia hari ini rasmi melancarkan pedal basikal dengan sistem meter kuasa pertama di dunia.

Dua pedal di bawah siri Rally ini menawarkan dua pilihan:

  • Rally RS200
  • Rally RK200

Kedua-duanya menyokong untuk kegunaan berbasikal di jalan raya dan gunung off-road. Ciri terbaharu yang ada pada RS200 adalah ia menyokong bilah SHIMANO SPD-SL. Sementara RK200, mengekalkan keserasian dengan bilah LOOK KEO.

Garmin Lancar Pedal Basikal Dengan Sistem Meter Kuasa Pertama Dunia

Menariknya, pedal tersebut dilengkapi dwi-sensor yang mana ia mampu memantau cara pengayuhan pengguna.

garmin pedal 3

Bermakna, ia dapat memberitahu dimana kekuatan atau kelemahan semasa berbasikal. Malah, ia turut memastikan kaki pengguna di dalam posisi yang betul semasa mengayuh basikal.

Tambahan lagi, pengguna dapat memantau statistik pengayuhan dengan memadankan pedal Rally ini dengan komputer atau aplikasi Garmin Connect. Ia turut menyokong platform latihan seperti aplikasi Tacx Training, Zwift, TrainerRoad dan banyak lagi.

Garmin pedal 2

Selain pemasangan yang mudah pada basikal, ia juga menampilkan jangka hayat bateri sehingga 120 jam yang membenarkan pengguna boleh melakukan aktiviti berbasikal tanpa sebarang masalah.

Jika anda berminat, boleh dapatkan Rally RS200 atau RK200 dengan harga RM5199 melalui Lazada, Shopee atau kedai dalam talian AECO serta pengedar yang sah.

Sumber: Siaran Akhbar Garmin Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY