Siri Garmin Venu SQ Dilancarkan Di Malaysia Harga Bermula RM 999

Garmin Malaysia hari ini telah melancarkan jam pintar siri Venu dimana ia hadir dengan dua varian iaitu standard SQ dan Venu SQ Music.



Dua varian SQ ini hadir dengan paparan sentuh LCD berbentuk segi empat sama bersaiz 1.3 inci. Ia mempunyai piawaian kalis air sehingga 5ATM.

Garmin juga menyatakan bahawa jam pintar ini mampu bertahan sehingga 6 hari dengan mod jam pintar dan 14 jam dengan mod GPS.

Venu SQ Music dilengkapi dengan storan dalaman yang boleh memuatkan sehingga 500 lagu dan menyokong sambungan kepada peranti audio Bluetooth. Sementara varian standard tidak mempunyai ciri ini.

Seperti jam pintar dari jenama lain, siri Garmin ini turut hadir dengan ciri-ciri seperti notifikasi, membuat panggilan, pengurusan teks mesej dan pembayaran NFC.



Ciri lain adalah termasuk kadar degupan jantung dan pengesanan oksigen dalam darah tetapi ia tidak mempunyai sensor seperti barometer atau gyro.

Jam pintar ini mula dijual hari ini pada harga RM 999 untuk Venu SQ dan RM 1250 untuk Venu SQ Music. Ia akan dijual di kedai rasmi Garmin serta Lazada dan Shopee.

Tambahan, pelanggan yang membuat pembelian varian Venu SQ akan dapat percuma tali jam batik edisi terhad dimana ia merupakan kolaborasi dengan pereka tempatan, Seza Zulkeple sementara stok masih ada.