Garmin Malaysia Mengadakan Jerayawara Sempena Hari Malaysia Di Mid Valley

Menjelang Hari Malaysia yang bakal tiba, Garmin mengadakan satu minggu jerayawara di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Ia menampilkan pelbagai jam berjenama dengan diskaun termasuk siri fēnix 5, Garmin Venu, Instinct, Forerunner 235, Forerunner 245, Vivomove 3, 3s dan Vivoactive 3 Element.



Selain itu, terdapat juga jam Garmin yang baru dilancarkan seperti siri Garmin Solar, Instinct Solar, Instinct Tactical Solar dan fēnix 6 Pro Solar.

Jerayawara ini berlangsung selama 7 hari bermula 14 September hingga 20 September 2020 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.



Pada masa yang sama, Garmin menawarkan harga promosi terhadap siri solar mereka iaitu Instinct Solar (RM 1,879), Instinct Tactical Solar (RM 2,067) dan fēnix 6 Pro Solar (RM 3,947).

Tambahan lagi, terdapat juga promosi istimewa untuk sepuluh pembeli pertama siri fēnix 5, Garmin Venu, Instinct, siri Forerunner dan banyak lagi.