Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
FIFA 22

‘Game’ FIFA Terakhir, FIFA 23 Mungkin Sokong ‘Cross-Play’ Antara PS, Xbox Dan PC

Diterbitkan Mac 2, 2022 oleh Amsyar Latif

Francais permainan video bola sepak popular EA, FIFA kini dilaporkan akan menawarkan satu fungsi yang dinanti-nantikan peminat sejak sekian lama buat FIFA 23, iaitu sokongan cross-play.

Bagi ada yang tidak tahu apakah itu cross-play, ia sebenarnya satu fungsi yang diminati gamer kerana mereka boleh bermain dengan rakan-rakan daripada pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox.

Permainan Fortnite, Apex Legends, Call of Duty Modern Warfare/Warzone antara yang memberikan fungsi sebegitu. Oleh itu, ia merupakan detik bersejarah kerana cross-play akhirnya menjadi realiti buat peminat FIFA.

fifa 22 hypermotion

Tambahan lagi, beberapa penambahbaikan turut diberikan seperti kandungan kejohanan Piala Dunia FIFA untuk lelaki dan wanita, Hypermotion Technology yang dipertingkatkan dan EA akan terus memperluaskan pemilikan lesen dari pelbagai liga seluruh dunia.

Bagaimanapun, terdahulu EA pernah mengatakan yang mereka tidak akan menggunakan penamaan ‘FIFA’ untuk permainan video bola sepak mereka pada masa hadapan atas faktor lesen serta hak penamaan dengan FIFA.

Jadi, mungkin FIFA 23 ini akan menjadi game terakhir mereka sebelum dijenamakan semula kepada nama baharu.

Malah, EA juga dikhabarkan telah memfailkan tanda dagang ‘EA Sports FC’ yang mana berkemungkinan besar nama tersebut akan menggalas tanggungjawab membawa legasi francais FIFA.

Sumber: xfire, vgc

Baca juga:

  • Pesaing FIFA? Ini Rupa ‘Game’ Bola Sepak Percuma UFL

  • Selepas 20 Tahun Setia Dengan Playstation, Saya Cuba Main Xbox Series X & Ini Apa Yang Saya Rasa

  • Pengguna PS5 Dah Boleh Muat Naik ‘Screenshot’ Terus Ke Aplikasi, Macam Xbox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY