Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS Share

Pengguna PS5 Dah Boleh Muat Naik ‘Screenshot’ Terus Ke Aplikasi, Macam Xbox

Diterbitkan Februari 24, 2022 oleh Amsyar Latif

PlayStation kini mengumumkan yang mereka memperluaskan fungsi berkongsikan media PS5 merangkumi tangkapan layar (screenshot) atau rakaman video secara terus ke awan (cloud) dan kemudian boleh diakses menerusi aplikasi PlayStation.

Fungsi tersebut terdahulu dilancarkan buat pengguna di Amerika Syarikat. Kemudian ia diperluaskan lagi ke Argentina, Bolivia, Brazil, Kanada, Chile, Colombia, Ecuador, El Salvador, Guatamela, Jepun, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru dan Uruguay.

Bagaimanapun menurut PlayStation, beberapa negara lain (mungkin termasuk Malaysia) bakal menerimanya juga nanti pada bulan hadapan.

Ciri ini memang memudahkan di mana pengguna boleh terus melakukan tangkapan layar dari permainan terbaharu Horizon Forbidden West misalnya. Seterusnya, buka aplikasi PlayStation yang dimuat turun dari Play Store atau App Store dan tangkapan layar tersebut akan muncul.

Melaluinya, lebih mudah untuk anda berkongsikan detik-detik manis anda ketika memainkan permainan video eksklusif PlayStation.

We’re gradually rolling out the ability to share your PS5 game captures through PS App in more regions! Americas are first up, with more countries next month. Details: https://t.co/yskER3hn8t pic.twitter.com/8sfrm6PZZj

— PlayStation (@PlayStation) February 23, 2022

Tambahan lagi, semua pengguna boleh menikmati fungsi tersebut dan tidak memerlukan langganan PlayStation Plus.

Untuk perkongsian rakaman video (video clip), ia terhad kepada resolusi 1920×1080 dan sehingga 3 minit sahaja.

Xbox game capture

Sementara bagi pengguna Xbox, ciri seumpamanya telah hadir dan video clip yang dikongsikan juga menawarkan resolusi sehingga 4K HDR (30 saat).

Sumber: PlayStation, verge

Baca juga:

  • Selepas 20 Tahun Setia Dengan Playstation, Saya Cuba Main Xbox Series X & Ini Apa Yang Saya Rasa

  • Rekaan PlayStation VR2 Diperlihatkan – Lebih Nipis, Ringan Dan Sokong Sehingga 4K HDR

  • Minggu Depan Apex Legends Mobile Dilancar, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY