Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GDC 2020

Game Developers Conference 2020 Ditunda Ke Satu Tarikh Baru Yang Belum Ditetapkan

Diterbitkan Mac 2, 2020 oleh ariff bukhari

Sepatutnya acara ini berlangsung dari 16 hingga 20 Mac 2020.

Penganjuran acara Game Developers Conference 2020 yang sepatutnya berlangsung dari 16 hingga 20 Mac 2020 ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum dinyatakan.

Ia diumumkan oleh pihak penganjur GDC 2020, Informa Tech.

“After close consultation with our partners in the game development industry and community around the world, we’ve made the difficult decision to postpone the Game Developers Conference this March.”

Sebelum ini telah dilaporkan 2 firma utama iaitu Sony dan Facebook telah terlebih dulu mengumumkan mereka menarik diri daripada persidangan GDC tahun ini.

Ia berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Walaubagaimanapun, GDC 2020 masih akan cuba diadakan juga dalam tahun ini. Penganjur menyatakan, mereka akan cuba mengadakan persidangan GDC 2020 dalam pertengahan tahun ini.

GDC 2020 akan diadakan di San Francisco, California, A.S.

Semakan terbaru di laman CDC, kes Covid-19 yang disahkan berlaku di Amerika setakat ini sudah berjumlah 15 kes dengan 1 kematian direkodkan.

Negeri-negeri di dalam A.S yang sudah merekodkan kes Covid-19 termasuklah Arizona, California, Illinois, Massachusetts, Massachusetts, Washington dan Wisconsin.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY