Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gambarajah Struktur Dalaman iPhone X Tertiris

Gambarajah Struktur Dalaman iPhone X Tertiris

Diterbitkan Mei 1, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pelbagai spekulasi hangat diperkatakan mengenai syarikat Apple berhubung kait dengan iPhone.

Apple dipercayai bakal mengeluarkan telefon baru untuk tahun 2017 ini, dan orang ramai mula memberi pendapat masing-masing.

Ada yang mengatakan ia adalah iPhone 8, yang lain pula menyatakan ia akan dinamakan sebagai iPhone X bersempena dengan ulangtahun ke-10 telefon pintar itu berada di pasaran.

Mungkin juga Apple akan melancarkan lebih daripada satu model untuk tahun ini. Betul tak?

iPhone-X-Blueprint

Terbaru, satu imej gambarajah dipercayai ‘iPhone X’ telah tersebar di internet.

Berdasarkan imej tersebut, model itu akan dilengkapi dengan dengan dwi kamera pada bahagian belakang sebelah kanan dengan posisi menegak.

Ia sama sekali berbeza dengan iPhone 7 Plus yang mempunyai dwi kamera belakang pada penjuru atas kiri dengan posisi melintang.

Turut dikhabarkan, model ini akan diperkasa dengan cip pemproses Apple yang terbaru iaitu, A11 dan pastinya ia menawarkan lebih prestasi berbanding cip A10.

Kamera 3D pula dilihat menghiasi bahagian hadapan disamping pengimbas biometrik inframerah.

Seterusnya, anda boleh lihat stereo speaker, taptic engine (maklum balas untuk butang Home), serta dua enjin sesentuh 3D dipasang dibawah skrin paparan.

Sekarang anda lihat pada petak yang berwarna kuning dan peach, ia merupakan bateri dan dengan sistem dwi bateri ia dilihat dapat membantu menambah jangka masa penggunaan model tersebut.

Terdapat juga pengimbas cap jari tetapi khabar angin lain menyatakan model ini akan menggunakan skrin paparan tanpa bezel.

Ini bermaksud bahagian hadapan kesemuanya adalah skrin paparan sahaja. Bagaimana pengimbas cap jari akan diletakkan di skrin paparan masih lagi menjadi tanda tanya.

Adakah gambarajah ini sekadar khabar angin ataupun tidak, sama-sama kita nantikan berita dari Apple.

Sumber: Anzhuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
  • Proton e.MAS, TVETMARA Iktiraf Juruteknik EV Dan Penasihat Servis Terbaik
©2026 WISER.MY