Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (35)

Galaxy SmartTag 2 Kini Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM149

Diterbitkan Oktober 27, 2023 oleh Muhd Idham

Pada awal bulan ini, kita telah menerima berita tentang pelancaran Galaxy SmartTag 2 secara global tetapi sekarang ia telah tersedia di pasaran Malaysia.

SmartTag 2 ini dilengkapi dengan Bluetooth 5.3 dan sokongan ultra-wideband (UWB) untuk telefon pintar Galaxy terpilih. Gajet ini juga mempunyai jarak sambungan sejauh 120 meter.

Dengan kebolehan untuk menjejak sambil menunjuk jarak dan arah penjejak di telefon pintar, gajet ini hadir bersama Mod Hilang yang mempunyai peranti berdaya NFC untuk melihat maklumat hubungan dan mesej anda.

Ketahanan bateri untuk tag ini ditingkatkan kepada 500 hari penggunaan secara berterusan dan 700 hari apabila berada dalam mod penjimatan kuasa. Bateri yang digunakan ialah bateri CR2032 yang boleh diganti.

Selain itu, SmartTag 2 ini juga mempunyai butang untuk mengawal peranti IoT yang berdaftar dengan SmartThings dan penarafan kalis debu dan air IP57.

Galaxy SmartTag 2 Kini Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM149

Anda boleh dapatkan Galaxy SmartTag 2 ini dalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga RM149 di laman web rasmi Samsung Malaysia. Sarung tahan lasak dijual berasingan dengan harga RM59.

Beli peranti Samsung di:

Shopee – https://invl.io/cljqr6y

Lazada – https://invol.co/cljqr6h

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Pengaktifan Secure2u, Peranti Baharu Perlu Dibuat Di ATM Maybank Bermula 31 Oktober
  • BNM Keluar Kenyataan Berhubung Notis FinTIP Yang Tular
  • ICEMAG, Bank Kuasa Magnetik Dengan Ciri Kipas RGB Pertama Di Dunia Tiba Di Malaysia

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY